Dunia Sains & Teknologi

MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk
menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui
pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik
dan nilai murni.

OBJEKTIF
Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:
1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan
minat tentang dunia di sekeliling mereka.
2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
3. Meningkatkan daya kreativiti murid.
4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya
membolehkan murid mengamalkannya.
7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Dunia Sains Dan Teknologi
Tahun : 1 B
Matapelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi
Tarikh : 12 Oktober 2011
Hari : Rabu
Masa : 10:05-10:35 pagi
Bilangan murid : 31 orang
Tema : Haiwan
Tajuk : Bunyi Haiwan
Standard Kandungan : Kemahiran Lisan(bertutur dan mendengar)
1.Menyebut nama-nama haiwan.
2. Mengenal bunyi-bunyi haiwan.
3.Mengajuk/membunyikan bunyi-bunyi haiwan
Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
a)mengenal bunyi-bunyi haiwan,
b)menyebut nama-nama haiwan
c)mengajuk/membunyikan bunyi-bunyidan mengecam
serta mengingat nama-nama haiwan dengan betul
dan tepat.
Pengetahuan sedia ada :Murid pernah melihat haiwan di sekitar
ataupun disekeliling rumah mereka.
Kemahiran :Menyanyi,bertutur, simulasi
Unsur terapi :Terapi muzik, terapi pertuturan, terapi
fizikal, pengamatan
Penyerapan nilai :Sayang akan haiwan, bersyukur kerana adanya
haiwan sebagai sumber makanan.
KBKK :Menjana idea
BBM/Resos :Kad haiwan, laptop
(bunyi-bunyi haiwan yang sebenar),
kad nama haiwan.



Nama : ___________________________ Tarikh: ______________
Kelas : ______________________
Arahan : Lihat gambar. Warnakan bunyi yang sesuai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: